Followers

u know my name, not my story.. you've heard what i've done, not what i've been thru.. so stop judging me! i'm sick of it..

ppoc ~ new year 2013

ppoc~ shah alam

ppoc~the journey

..AsSaLamMuaLaikum..
"tak jawab dose.."

Friday, April 29, 2011

P.E.R.A.M.P.A.S.

Tajuk agak dramatik. Jadi sebelum mula menulis (memaki!), saya dengan yakinnya menyatakan ketika post ini ditulis, saya berada dalam keadaan tenang dan tidak emo melampau. emo sikit je. okay la.

Dulu igt nak diam je. tpi kalau x tulis, simpan sorg2. rasa mcm boleh koyak hati. dari hati sendiri koyak, baik saya koyakkan hati org. tapi kalau kau x buat benda2 ni, xyah risau hati korg nk koyak ke ape ke.

Ini isu orang yang suka rampas hak orang lain.

Nampak x? da bold besar2. buka mata luas2. tanya diri sendiri. kau kategori manusia mcm tu ke? kalau terdetik sedikit di hati jawapan "ya", pergi ke cermin sekarang dan cakap kt diri sendiri,
"bangsat la kau".

Org yang baca status2 emo saya kt fb, mesti akan fikir,
"die bru lepas break, no wonder la buat post mcm nie".
saya akn cakap, nasib baik saya break, kalau x sampai mati la sy kene bodoh..

Ini isu lapuk, tapi masih wujud. pelik. kenapa orang suka ambik hak orang lain??. dalam skop post ini, ambik pasangan orang lain. tapi memang ade jenis manusia mcm ni melata kat muka bumi ni. ni agaknya manusia yang jenis x boleh tgk orang bahagia sikit, die mula la nak menambah busuk hati yang sedia ada busuk. *muntah*

X kisah lelaki atau perempuan. tapi kalau kau jenis suka rampas pasangan orang. kau tetap KEJI.

Jarang dgr isu lelaki kacau isteri orang. mungkin takut kena belasah dgn suami minah tu. tapi kacau gf/tunang orang bnda biasa. kalau kau igt kau macho sgt, asal nak ambik gf orang? punya la ramai perempuan kat Malaysia nie.

Kalau yg perempuan, issue kacau suami org mmg byk. belum kira yang kna bomoh2 dgn cewek2 indon lgi. sy punya kes adalah jampi kat kek lapis sarawak.. pakai bomoh iban lagi.. 
*tepuk dahi dan berkata nauzubillah*.

Kacau bf orang lagi berlambak. eh, please la. yang kau murah sgt ni apehal, dok mengendeng2 kat bf org? muka kau da x laku sgt ke yang kau sibuk terhegeh2 nie?
*sambil menaip, kaki menghentak2 lantai untuk kesan lebih dramatik *.

Muka kalau dah tahu memang x lawa, perangai tu molek2 la sikit. ni muka pun x lawa, perangai x masuk akal, hah. tak tersebut saya perkataan nye.
*mengeluh*

Yer, memang bertepuk sebelah tangan x berbunyi. tapi meh aku try tepuk pipi kau sekuat hati, sumpah akan berbunyi. sebelah tangan gak kan. mmg kalau fikir, xleh salahkan org yg merampas tu je. orang yang dirampas pun salah gak. apesal kau layan? kata cinta sejati meredah lautan api, yang kau mcm lembu kena cucuk hidung tibe2 ni apahal? die dahla mmg murah, dgn kau sekali nak memurahkan diri cm die ke?

Kalau sekali kena, memang saya boleh diam. xdela diam mana. akan maki jugak. tapi kalo dah kali kedua, ketiga. keempat dan seterusnya, saya yakin Allah nak tunjukkan sesuatu. Saya fikir, Allah nk tunjukkan yang saya ni berkawan rapat dengan orang yang bakal merosakkan saya, so die hantar seseorg yg agak kurang berakhlak jugak untuk selamatkan saya.(giler positif fikir mcm nie). tpi x kesah la. saya cool. malas nak gaduh2 dgn org2 pendek akal. ambik la kalau kau nak sgt. laki aku tu bukan hensem mane pon.. org bongok cam ko jer dok terhegeh2..

Point nye, jgn la buat merendahkan maruah diri sendiri dgn ambik2 psangan orang ni. kalau kau suka org tu, and die da ada pasangan. ok fine, kau bolehla tanya die skli "awak x rasa kita boleh bersama ke?".
*muntah lagi*.
kalau die ckp xnk. kau blah sudah. xyah la nk tanya beratus kali, main kejar2 polis entri, pujuk rayu kemain. tolak badan dara sume nk bgi semata2 nk dpt mamat tu. tolong laaa.... ok fine. jgn over.

Sekali lagi, serius aku cakap. hidup ni mmg da comlicated. dgn kwujudan org2 mcm ni, xkn membantu walau sedikit pun, malah buat org lgi stress.satu lagi, kau kna igt, kalau kau buat jahat kat org, satu hri kna kat kau balik. ade sangggup? kalau x sggup, sendiri mau ingat.

Katakan la kau choose untuk xnk terasa dgn ape yg dibebelkan di atas, xpe. mungkin boleh pergi cermin skli lgi dan cakap " baik kau mati je".

Ingat. hidup ni ade dua perkara kna jaga. hubungan dgn Allah. hubungan dengan manusia. hubungan dgn allah, itu urusan masing2. tpi hubungan dgn manusia, itu urusan kau, aku, jiran kau, posmen rumah kau dan semua org sekeliling kau. kalau kau x rasa sentap gak, still xpe gak. nnti satu hari, kalau kau fail exam, kau hilang harta, hilang pangkat, dianiaya manusia lain. time tu rasa2 kalau nak mintak maaf balik kat orang yg kau da buat taik tu, boleh la.

maaf jika bahasa saya kasar. tapi sesetengah manusia agak tegar. cakap lembut2 memang xkn jalan. mungkin kita patut mula praktikkan budaya
"sentap hati mak nok".

ditekankan skli lagi, ini bukan pos org emo. sharing is caring.

dalam erti kata lain,
" aku memang suka share laki aku dgn semua orang ".
*tangan di dada, mata pandang ke atas*.
sekian!

Thursday, April 28, 2011

rAja kAsih yAng hiLAnG

Wowowoohuwoo..huuwooo

Tulus segenap jiwa
Ragamu belai nyawa
Begitu cintaku padamu
Kau julangi rinduku
Kau junjungi kasihku
Hanya nak memanjat
Tangga hidup

Sejurusnya ku jatuh
mulalah ku kau jauh
Sengaja kau menjauh..wooo

maaf pun menjadi api
bagaikan raja kasih
yang berubah menjadi benci
sinar pun menjadi bara
bagaikan raja cinta
yang berubah menjadi curiga

Sejurusnya ku jatuh
mulalah ku kau jauh (3x)
Sengaja kau menjauh..wooo
bara pun menjadi api
bagaikan raja kasih
yang berubah menjadi benci
sinar pun menjadi bara
bagaikan raja cinta
yang berubah menjadi curiga
woo.

i'm sorry goodbye~


Sebelum bertemu denganmu...Diriku bahagia
Semenjak bertemu denganmu...Ku makin bahagia..
Semakin lama aku semakin tau tentang engkau
Sedikit kecewa.. Ternyata engkau tak baik
Pertama tama semua manis..Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan..Cinta sebenarnya…
Semakin hari.. Semakin terungkap
Yang sesungguhnya
Kumakin kecewa...Ternyata kau penuh dusta

Maafkan ku harus pergi
Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh
Seperti kekasihmu yang lain….
Terima kasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye

Seribu cara kau membuaiku dengan puitis
Tapi kau lupa bahwa aku juga manusia
Yang punya mata, telinga, hati dan perasaan……
Maaf aku pergi
Dan takkan untukmu lagi

musAng KiNg!!

dari mase gi kenyir dulu, kawan sy yg sorang ni sebok nak makan durian.. lepas tu naknye
MUSANG KING! durian lain tak mauu.. adoii..
ngalahkan org mengidam anak pertama la ko ni!
so, malam semalam, sy dan fadzil selaku kawan yg baik pegi la temankan minah ni cari durian musang king.. sy ajak ke uptown damansara sbb sy penah nampak ade satu stall durian kat sane..

nasib kami baik, memang ade durian musang king.. tapi hambekkkk.. sekilo 26 hengget.. sebijik yg kitorang amik mula2 ni berat dia 1.7 kilo.. kira sendiri yer, sebijik dah dekat rm50hengget harganya!!

selain drpd musang king, rupa2nya ade mcm2 jenis nama durian.. sile lihat gambar..
paling kelakar si fadzil ngan slambenya tanye kat bangla tu..

fadzil: selain musangking n raja kunyit, durian apa ade?
bangla : mcm2 ada bang...
fadzil: ok la, bagi sy RAJA KASIH YG HILANG satu...
bangla: oo yang itu tada bang..
aku n rina gelak sampai pecah perot.. muahahahaha...
mane la bangla tu tau raja kasih yg hilang tu amende...
fadzil...fadzil... sengal btol!!
fuhhh..mabeless!!

tasik kenyiR ~ additional photo!

hurmm.. mcm yg semua org tau, sy suke bergambar, amik gambar, edit gambar, mengumpul gambar dan semua yg ade kaitan ngan gambar...
dulu2 cita2 nak jadi model, gemok gedempol lak!
nak jadi camereman, tersilap pilih course plak!
nak jadi editor, terjadi seketeri cabuk...
huh!!
so skang ni sy jadik kameremen, sy jadik model, sy edit, n sy simpan..
wahahaha... walaopom sy tau sy syok sendiri..
tapi... ade sy kesah??
ni ade lagi gambo kat kenyir yg sy upload untuk tatapan umum..
sesuai ditonton oleh semua lapisan masayarakat..
enjoy yaww!!
ini view dari rumah .. kat tepi sy tu semua sangkar ikan.. ade 200 sangkar semuanya..
gambar dr sudut yg same.. sy edit supaya lebih dramatik..
sy, mat jamboo, mat besi dan din.. kat air terjun como..
ni gambo kat air terjun lasir, mase ni sy dah gigil kesejukan!
ini acting sy dan mat jamboo yg konon2nya tgh sessi pujuk memujuk kat tepi airterjun, tapi sy nak tegelak tgk muke poyo dia.. wahahaha..
takbleh blah!!
hero2 malaya... bluwekkkk!!! :p
the greeny water make me feel like running there again dis week!! :/
gedix santai
besttt giller!
gigi toman!! huhuhu
indahnye ciptaan Allah...
ini yg mmbuat kan sy merindui kenyir.. :)
insyaallah ade rezeki sy akan sampai lagi..

Wednesday, April 27, 2011

::kEnyiR oh kEnyiR::

yeay!! finally, the day that i'm waiting for since last month tiba juga..
nak pegi kenyir yawww!!

kitorang gerak dr umah pkul 8.00 mlm. my bro hantar aku ke mcD sri damansara n mR.anip picked me up. then terus amik rina n mR.fadzil kat sogo.. dlm kelajuan 170-180km/j, kitorang sampai sgComo tasik kenyir pukul 2 pagi.. itu pon selepas 2,3 kali benti makan, gi toilet, isi minyak dan sebagainya..
sampai sane, mR anip call din n the geng tuk amik kitorang kat jetty.. bersama2 dengan 10ribu benih ikan yg kitorg bawak.. first time, aku tgk camne cara org bele ikan.. benih2 ikan tu kemudian dilepaskan dalam kolam2 ikan yg tersedia.. ade 200 sangkar ikan semuanya.. patutla anip bawak laju, rupanya benih2 ikan tu ade jangkahayatnya, takleh dok lelame dlm pelestik.. nanti mati..
ni mase kitorang baru sampai.. pukul 2 pagi leh posing2 lagik!

keadaan kat rumah sangkar tu cantik.. sebijik rumah yg dilengkapi 3 buah bilik, satu bilik air dan juga dapur.. aku ngan rina syer satu bilik, sampai2 kitorang trus tebungkang tido..
esoknya, pagi2 lagi aku dah bangun.. belajar cara nk bagi ikan makan.. fish feeding ~ diorang bele ikan talapia merah.. then ade jugak satu dua kolam yg diorang buat tuk bele ikan keli, toman, sebarau dan sebagainya.. seronok experienced bagi ikan makan ni, jalan je menyusuri tepi2 sangkar tu, semua ikan akan datang ramai2 dan lompat2 sebab dorang cam dah tau, kalo ade org lalu tu maknenya nak bagi makan laa....
then, lepas mandi, kitorg siap2 gi pekan kuala berang.. beli stok makanan sepanjang kitorang kat sane.. lunch siap2 n balik ke sangkar.. petang sikit, diorang bawak ke air terjun sg como.. best bangat.. layan gambo je la yek..
seronok tol dapat bekubang kat air terjun tu.. sampai kecut la aku.. aku mmg giler air.. awal2 lagi aku dah terjun.. seb bek ade "mat jamboo" tukang bawak aku n jaga jgn bagi lemas.. tak pandai berenang la katekan.. ehehehe..

malam tu pas dinner kitorang ikot dorang naik bot gi pasang pukat.. aku bukan reti pon, sekadar menyibok jer.. best giler naik bot malam2, lepak tgh2 tasik tgk bintang.. pehhh, bukan senang nak tgk bintang yg banyak mcm ni.. kalo kat KL, jgn harap laa....
malam, melepak sampai terlelap kat beranda rumah.. aku rase sejuk semacam, baru terperasan aku tido kat luar.. cepat2 aku masuk dlm bilik tido seblah rina yg dah lena mcm org pengsan.. hmm penat sangat la tuh!

esoknya, kitorang gi mandi air terjun lagi.. kali ni lebih best.. mandi air terjun lasiR.. pergghhh.. mmg cantik menarik tertarik ko mmg da bomb!!
dari kul 2 ptg, sampai la nak dekat maghrib, baru kitorg balik.. dorang kate time magrib tak elok ade kat situ.. ade "teeettttttttt"... mase balik tu ombak dah mula mengganas.. masing2 basah kuyup sampai kat umah...
malam nya ade barbeque.. yeay!!! dalam pukul 8, kitorang da start bakar ikan.. ade ikan toman, talapia, ikan siakap, ikan mcm2 laa.. untuk pengetahuan uolls, "aku tak makan ikan".. ye.. aku mmg bukan pemakan ikan.. hidup aku pagi petang siang malam adalah ayam.. :D
heeeeee..naper?? tapecayerrrr????
so malam tu diorang pakse aku makan ikannn!!! n aku makan laa, taknak bagi dorang kecik ati.. first time makan ikan toman.. sedap gak ek!
so, jiran2 sangkar sebelah turut datang memeriahkan keadaan.. naik bot.. wa... dah mcm perkampungan atas air.. lepas makan, tiba2 terkeluar lak satu isu kelakar di mana pak abu iaitu jiran sangkar sebelah ngan selamba mautnya melamar aku!! gilee!!
muka aku merah menahan malu..
"oh pak abu, sy datang sini nak jalan2 cuti2 malaysia, bukan nak cari laki.."
pelisssss la...
bile pak abu balik, diorg pecah perot gelakkan aku.. hampehhh!!!!!
gamba sy bersama ikan toman dan sebarau
esoknya kitorang gerak balik dah petang.. dalam pukul 3 dari kenyir.. singgah makan kopok leko n makan malam kat kuantan..  melepak beberapa jam n akhirnya aku sampai umah pukul 5 pagi.. itupon lepas encik anip anta rina n fadzil balik..
kenangan di kenyir adalah sangat menarik dan tak mungkin sy lupakan.. view dan cerita2 org sane juga akan buat sy ketawa tiap kali memikirkannya.. kalo ingat cite PAK ABU lebih kelakar.. hahahaha..
pak abu, pak abu.. cemane la ko bleh terpikir tuk lamar aku.. 
kelakar btol!

mamat jambu dan topi,spek n towel sy ~ x maluu! :)
::comey kan? mcm jimmy shanley~huhuhu::
                                                                    

Friday, April 22, 2011

terkenang puteriku..

khamis petang ~ aku mengunjunginya pusaranya..
lama benar rasenya aku tidak mengunjunginya..

kalau kamu ada..
hari ini usia kamu sudah menginjak 2 tahun 4 bulan..
mungkin sudah pandai berlari..
mungkin sudah petah berkata2..
 mungkin sudah pandai bergaya..
dengan skirt dan baju fesyen pelbagai warna..
atau mungkin juga akan terkedek2 berjalan dengan kasut nike atau adidas yg mama suka..
mungkin akan menjadi teman baik mama, kemana saja mama pergi..

tapi tuhan ambil kamu pergi..
sebelum sempat kamu kenal siapa mama..

walaupon pemergianmu ditangisi..
tapi kini mama tahu..
semua yg berlaku ade hikmah dan rahmat disebaliknya..
kalau kamu ada
pasti kamu akan hidup derita sekarang
pasti kamu akan berdepan pelbagai jerih perih hidup dan dugaan dunia
seperti mana mama melaluinya sekarang..

mama redha dgn pemergianmu
kerana mama tahu
kamu sentiasa ada dlam hati
dan mama juga tahu
kamu akan menanti di pintu syurga...

~moga rohmu ditempatkan bersama org2 beriman ~

kehilangan... T_T

hanya aku