kata ustaz Mohd Fadli Yusuf dr Rabbani Travel n Tours Sdn Bhd:
Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap, kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat. Janganlah bercakap dahulu baru berbuat, lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat.
Ingatlah peringatan dari Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ , ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(As-Saff 61:2-3)
أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah:2:44)
Ilmu adalah panduan jalan kehidupan, atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat. Jika ilmu itu ibarat lampu suluh, alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan, berjalan di waktu malam lampu suluh tidak digunakan.
Ertinya, walaupun ada lampu di tangan tapi dia masih di dalam bahaya. Anehnya berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu, padahal lampu ada di tangan. Lampu itu semata-mata dibuat perhiasan atau hendak ditunjuk kepada orang.
Begitulah orang berilmu yang tidak beramal, padahal ilmu diperkatakan itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai kepada orang ramai. Bermegah-megah dengan ilmu, tidak ghairah beramal!
sy pon skolah agama.. sy pon pandai bahasa arab..sy pon solat.. sy pon menunaikan ibadat.. cuma sy tak tunjuk...
sebab rasa2nya.. ibadah itu adalah rahsia antara hamba dan Pencipta..
bukan untuk ditunjuk2.. apatah lagi di megah2.....
wallahualam...
siapalah sy untuk menulis tentang agama.......



0 comments:
Post a Comment